Selasa, 20 Mac 2012

JELLY KELAPA

JELLY KELAPA PREMIX - RM10








 


JELLY KELAPA

Bahan :

1 bungkus serbuk jelly kelapa (pre-mix) (225 gm)
2 biji kelapa muda (diambil air dan diasingkan isinya)
air ( campur dengan sukatan air kelapa untuk dijadikan sukatan 4 lit @ lg lembut)-
arahan pd bungkus 3 liter, so ni kes anak murid dah lawan tok guru
200 gm gula pasir
2 helai daun pandan

Cara ;

1. Hiris halus isi kelapa.
2. Masak air + air kelapa bersama gula halus dan daun pandan hingga mengelegak.
3. Masukkan serbuk jelly kelapa dan kacau rata hingga larut.
4. Masukkan isi kelapa dan padamkan api.
5. Tuang jelly kelapa ke dalam acuan jelly.
6. Dengan menggunakan penyepit, agih rata isi kelapa.
7. Sejukkan jelly ke dalam chiller.

 OR CERITE PANJANG....heheehheee

Mula2 sepeket jelly premix tu, bahan yang penting da tentu la air kelapa, kalau tak, idok la dipanggil jelly kelapa kan. Kalau untuk sepeket serbuk tu, kita kena gunakan 3000 ml air dari campuran air kelapa dan air paip. Tapi kalau nak sedap, guna semua air kelapa, baru la originality tu ada. Tapi kalau payoh beno nak dapat kelapa, air dari sebiji air kelapa pun da memadai. Kelapa pulak, jenis yang baik adalah dari kelapa pandan. Tapi kalau tak de kelapa pandan, kelapa muda biasa pun boleh.
Jangan lupa ambik isi kelapa tu. Isi kelapa tu, basuh bersih dan potong kecik-kecik, nanti nak masukkan dalam bekas jelly. So bila orang makan, bolehlah gigit-gigit isi kelapa tu kan.
Kemudian, tapis air kelapa tu, dan masak hingga mendidih. Untuk mendapatkan bau kelapa pandan, boleh la masukkan sehelai dua daun pandai. So bau dia nanti akan wangi la… Bila air dah mendidih, masukkan serbuk jelly tersebut dan +/- secawan gula. Kacau, dan biarkan mendidih.
Masukkan isi-isi kelapa yang telah dipotong kecil-kecil kedalam bekas, kemudian tuangkan jelly yang dimasak tadi di atasnya. Biarkan sejuk, kemudian boleh la ditutup dan disimpan didalam peti sejuk.
Da SIAP!.

~~ FYI, untuk sepeket serbuk tu, kita boleh dapat dalam 50 bekas kecil tu… Biasa aku buat 2 paket utk dapatkan 100 bekas.
Ok, itu sahaja, SELAMAT MENCUBA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan