Khamis, 1 Mac 2012

MESIN SERBAGUNA

MESIN SERBAGUNA - RM1050

~~ Boleh digunakan utk membuat tat nenas, cookies, muruku, pizza, mee & macam2 lagi...dh x yah nk gentel2..process & letak inti je..kn kee mudahhh....
So apa tunggu lagi..mulakan biz anda sekarang..MUDAH & SENANG...BERBALOI-BALOI!!!











RESEPI :-
TAT NENAS
 Untuk membuat pasta Tat Nenas, sediakan 500g tepung gandum, 250g butter, 1/4 sudu kecil baking powder, 1 sudu kecil vanila dan 2 biji telur. Pertama letakkan semua resepi diatas kecuali telur ke dalam Mesin. Selepas di uli dengan sebati barulah letak telur ke dalam.

MURUKU
Untuk membuat pasta Muruku , sediakan 1 bungkus tepung pulut, telur 2 biji, 380ml santan , 2 sudu kecil garam, 2 sudu kecil serbuk cili, 3 sudu kecil bijirin, 1 sudu kecil jemuju dan daun kari yang digunting.

DRAGON COOKIES
Untuk membuat pasta Dragon Cookies, sediakan 360g cornflour, 140g planta/butter, 100g gula ising, 1/2 sudu vanila dan 4 biji kuning telur. Pertama letakkan semua resepi di atas kecuali telur ke dalam Mesin. Selepas diuli dengan sebati barulah letak telur ke dalam. 


 SAMPRIT
Untuk membuat pasta Kuih Samprit, sediakan 300g tepung gandum, 100g tepung jagung, 100g tepung kasted, 100g gula ising, 250g butter, 1 sudu kecil vanila dan 1 biji telur. Telur dimasukkan selepas semua aduan lain diuli dengan sebati. 


SARANG SEMUT
Untuk membuat pasta Sarang Semut, sediakan 400g tepung gandum, 100g tepung custard, 250g butter, 2 sudu kecil gula caster, dan telur 2 biji. Telur dimasukkan selepas semua aduan lain diuli dengan sebati. 


MAZOLA
Untuk membuat pasta Biskut Mozola, sediakan 350g tepung gandum, 100g tepung jagung, 100g gula ising, 200ml minyak mazola, 150g kacang tanah(ditumbuk) dan kuning telur 1 biji. 


MEE KUNING
Sediakan 2 biji telur, 500g tepung gandum dan 200ml air. Pastikan ramuan tersebut digaul dengan sempurna. Selepas itu, mee kuning pun sudah sedia proses oleh Mesin Multi Purpose. Dengan adanya penghembus, mee dikeringkan sejurus dikeluarkan dari Mesin.


DOH ROTI/PIZZA
Pastikan pasta diuli dengan sebati dalm Mesin Multi Purpose. Selepas itu pasta dikeluarkan dari Mesin disapu dangan tepung gamdum dengan secukupnya. Sekarang ambil sedikit pasta dan balutnya dengan hotdog. Sekarang ia sudah boleh dibakar dengan menggunakan oven. Masak selama 10minit dan siap dah Ban Hotdog kami.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan