Selasa, 20 Mac 2012

JELLY KELAPA

JELLY KELAPA PREMIX - RM10








 


JELLY KELAPA

Bahan :

1 bungkus serbuk jelly kelapa (pre-mix) (225 gm)
2 biji kelapa muda (diambil air dan diasingkan isinya)
air ( campur dengan sukatan air kelapa untuk dijadikan sukatan 4 lit @ lg lembut)-
arahan pd bungkus 3 liter, so ni kes anak murid dah lawan tok guru
200 gm gula pasir
2 helai daun pandan

Cara ;

1. Hiris halus isi kelapa.
2. Masak air + air kelapa bersama gula halus dan daun pandan hingga mengelegak.
3. Masukkan serbuk jelly kelapa dan kacau rata hingga larut.
4. Masukkan isi kelapa dan padamkan api.
5. Tuang jelly kelapa ke dalam acuan jelly.
6. Dengan menggunakan penyepit, agih rata isi kelapa.
7. Sejukkan jelly ke dalam chiller.

 OR CERITE PANJANG....heheehheee

Mula2 sepeket jelly premix tu, bahan yang penting da tentu la air kelapa, kalau tak, idok la dipanggil jelly kelapa kan. Kalau untuk sepeket serbuk tu, kita kena gunakan 3000 ml air dari campuran air kelapa dan air paip. Tapi kalau nak sedap, guna semua air kelapa, baru la originality tu ada. Tapi kalau payoh beno nak dapat kelapa, air dari sebiji air kelapa pun da memadai. Kelapa pulak, jenis yang baik adalah dari kelapa pandan. Tapi kalau tak de kelapa pandan, kelapa muda biasa pun boleh.
Jangan lupa ambik isi kelapa tu. Isi kelapa tu, basuh bersih dan potong kecik-kecik, nanti nak masukkan dalam bekas jelly. So bila orang makan, bolehlah gigit-gigit isi kelapa tu kan.
Kemudian, tapis air kelapa tu, dan masak hingga mendidih. Untuk mendapatkan bau kelapa pandan, boleh la masukkan sehelai dua daun pandai. So bau dia nanti akan wangi la… Bila air dah mendidih, masukkan serbuk jelly tersebut dan +/- secawan gula. Kacau, dan biarkan mendidih.
Masukkan isi-isi kelapa yang telah dipotong kecil-kecil kedalam bekas, kemudian tuangkan jelly yang dimasak tadi di atasnya. Biarkan sejuk, kemudian boleh la ditutup dan disimpan didalam peti sejuk.
Da SIAP!.

~~ FYI, untuk sepeket serbuk tu, kita boleh dapat dalam 50 bekas kecil tu… Biasa aku buat 2 paket utk dapatkan 100 bekas.
Ok, itu sahaja, SELAMAT MENCUBA!

Sabtu, 3 Mac 2012

Jumaat, 2 Mac 2012

WAFFLES MAKER

WAFFLES MAKER - RM150 FREE POSTAGE
~~ add RM10 sbh/srwk ~~

 Features:

1) Makes various kinds of waffle in quick time - About 5 minutes

2) Non-stick surface - Easy to clean

3) Light and tone indicators tell when device is ready or baking is finished

4) Portable and easy to use - Can carry around














BAHULU MAKER

BAHULU MAKER - RM220 FREE POSTAGE
**Add RM10 sbh/srwk

** FEATURES **

1) Makes 12 doughcakes at once in very short time

2) No need to add oil while baking

3) Non-stick teflon surface - Easy to clean

4) Indicator light to show when baking is completed

5) Durable metal body





KUIH KAPIT @ LOVE LETTER MAKER

KUIH KAPIT @ LOVE LETTER MAKER - RM220 FREE POSTAGE  

 ~~ add RM10 sbh/srwk ~~

Features:

1) Makes 2 egg rolls at once in very short time

2) No need to add oil while making egg-rolls

3) Non-stick teflon surface - Easy to clean

4) Indicator light to show when baking is completed

5) Durable metal body

 




 

 

Khamis, 1 Mac 2012

ACUAN ROTI JALA ALAKAZAM

ACUAN ROTI JALA ALAKAZAM - RM24/2PCS



sangat praktikal dan senang untuk digunakan, bila beli botol ni pastikan kita gunting sedikit di hujung muncung tu supaya berlubang.






Roti Jala Tikar Alakazam
bahan-bahanya
800 gram tepung gandum
2 biji telur
2 cawan santan
sedikit garam
pewarna kuning@ serbuk kunyit
air secukupnye
Cara-caranya
1. Di dalam bekas masukkan tepung gandum, telur , garam dan 2 cawan santan, gaul sebati, kemudian masukkan air dan kacau lagi, selepas itu masukkan pewarna kuning. pastikan adunan tidak telalu cair atau terlalu pekat.
2. Tapis adunan dengan penapis dan perap selama 30 minit hingga satu jam supaya adunan lebih mesra.
3. Masukkan ke dalam botol muncung tiga dan jalurkan di atas fry pan atau kuali leper, boleh rujuk rajah di bawah, angkat dan gulung roti jala seperti biasa dan sedap dimakan bersama kari ayam. selamat mencuba.



mula-mula buat jaluran melintang, kemudian buat jaluran menegak seperti rajah di atas


lipat kiri dan kanan roti jala dan gulung seperti biasa.




DONUT MAKER

DONUT MAKER - RM22O FREE POSTAGE
~~ add RM10 for Sbh/Srwk~~

Resepi mini donut maker


bahan-bahan untuk membuat mini donut. dari kiri hand mixer, yang peket kuning tu yis, telur, 1/2 cawan susu, 1/4 cawan gula (dalam gambar 1/2 cawan gula,tapi saya tukar last2 minit sebab takut tepung jadi keras) 1cawan tepung gandum, 1sudu kecil garam, yg dalam pinggan tu minyak(lebih kurang 4sudu) dan serbuk vanila

masukkan semua bahan kering dalam mangkuk besar. tepung, gula,serbuk vanila 1 sudu kecil, 1sudu yis dan garam.

adukan sehingga sebati dengan sudu.

masukan susu dalam adunan

masukkan telur



putar adunan dengan mixer selama lebih kurang 3minit.

tuangkan minyak masak.

putar lagi sekali selama 1minit.

letak adunan dalam acuan.

ini rupa donut sebelum masak.

tutup maker. nanti lampu merah menyala.



lebih kurang dalam 2minit, saya buka kejap untuk terbalikkan donut.



ini donut yang telah siap dimasak, sedap.  sampai tak sempat nak letak coklat sebagai hiasan. 

MESIN SERBAGUNA

MESIN SERBAGUNA - RM1050

~~ Boleh digunakan utk membuat tat nenas, cookies, muruku, pizza, mee & macam2 lagi...dh x yah nk gentel2..process & letak inti je..kn kee mudahhh....
So apa tunggu lagi..mulakan biz anda sekarang..MUDAH & SENANG...BERBALOI-BALOI!!!











RESEPI :-
TAT NENAS
 Untuk membuat pasta Tat Nenas, sediakan 500g tepung gandum, 250g butter, 1/4 sudu kecil baking powder, 1 sudu kecil vanila dan 2 biji telur. Pertama letakkan semua resepi diatas kecuali telur ke dalam Mesin. Selepas di uli dengan sebati barulah letak telur ke dalam.

MURUKU
Untuk membuat pasta Muruku , sediakan 1 bungkus tepung pulut, telur 2 biji, 380ml santan , 2 sudu kecil garam, 2 sudu kecil serbuk cili, 3 sudu kecil bijirin, 1 sudu kecil jemuju dan daun kari yang digunting.

DRAGON COOKIES
Untuk membuat pasta Dragon Cookies, sediakan 360g cornflour, 140g planta/butter, 100g gula ising, 1/2 sudu vanila dan 4 biji kuning telur. Pertama letakkan semua resepi di atas kecuali telur ke dalam Mesin. Selepas diuli dengan sebati barulah letak telur ke dalam. 


 SAMPRIT
Untuk membuat pasta Kuih Samprit, sediakan 300g tepung gandum, 100g tepung jagung, 100g tepung kasted, 100g gula ising, 250g butter, 1 sudu kecil vanila dan 1 biji telur. Telur dimasukkan selepas semua aduan lain diuli dengan sebati. 


SARANG SEMUT
Untuk membuat pasta Sarang Semut, sediakan 400g tepung gandum, 100g tepung custard, 250g butter, 2 sudu kecil gula caster, dan telur 2 biji. Telur dimasukkan selepas semua aduan lain diuli dengan sebati. 


MAZOLA
Untuk membuat pasta Biskut Mozola, sediakan 350g tepung gandum, 100g tepung jagung, 100g gula ising, 200ml minyak mazola, 150g kacang tanah(ditumbuk) dan kuning telur 1 biji. 


MEE KUNING
Sediakan 2 biji telur, 500g tepung gandum dan 200ml air. Pastikan ramuan tersebut digaul dengan sempurna. Selepas itu, mee kuning pun sudah sedia proses oleh Mesin Multi Purpose. Dengan adanya penghembus, mee dikeringkan sejurus dikeluarkan dari Mesin.


DOH ROTI/PIZZA
Pastikan pasta diuli dengan sebati dalm Mesin Multi Purpose. Selepas itu pasta dikeluarkan dari Mesin disapu dangan tepung gamdum dengan secukupnya. Sekarang ambil sedikit pasta dan balutnya dengan hotdog. Sekarang ia sudah boleh dibakar dengan menggunakan oven. Masak selama 10minit dan siap dah Ban Hotdog kami.